fbpx

Prasarana sedia ketatkan semula SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin (tiga dari kanan) dan Muhammad Nizam (dua dari kiri) pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Rapid Penang ke-13 di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bersedia memperketatkan semula pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di semua rangkaian perkhidmatan pengangkutannya sekiranya keperluan untuk berbuat demikian.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kesediaan itu termasuk tidak membenarkan kapasiti penuh penumpang di dalam perkhidmatan awam milik syarikat itu bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, ujar beliau, buat masa ini, pihaknya belum menerima arahan daripada kerajaan dan masih membenarkan kapasiti penuh dengan penjarakan sosial di dalam bas dan tren yang dikendalikan syarikat itu.

“Jika kerajaan mengeluarkan arahan semula untuk pengangkutan awam tidak boleh menggunakan kapasiti penuh, kita akan ikuti dan laksanakan pematuhan tersebut, tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak ditemui selepas Majlis Sambutan Rapid Penang ke-13 yang turut dihadiri Presiden Kumpulan Prasarana, Muhammad Nizam Alias.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI