fbpx

PKP lagi jika kes positif tiga angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri pada sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan kepada seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlantar sakit, Mohamed Salleh sempena Program Cakna ATM di rumahnya di Wakaf Mek Zainab. GAMBAR HIASAN

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula sekiranya bilangan kes positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada tiga angka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya berlaku peningkatan kes, kerajaan tiada pilihan yang akhirnya akan memperkenalkan semula PKP dengan memutuskan semua pergerakan.

“Jika PKP dilaksanakan, tentu ia akan menyukarkan kita sendiri. Kita tidak boleh berniaga, tidak boleh bekerja dan hanya duduk di rumah.

“Setakat ini, bilangan kes dua angka dan masoh boleh bertolak ansur. Jika bilangan kes tiga angka seperti ketika mula-mula PKP diperkenalkan, kita mungkin tiada pilihan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan kepada seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlantar sakit, Mohamed Salleh sempena Program Cakna ATM di rumahnya di Wakaf Mek Zainab di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Ismail Sabri, sehingga semalam, bilangan kes Covid-19 di negara ini selama empat hari berturut-turut masih lagi dua angka.

Katanya, berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, peningkatan kes disebabkan oleh kealpaan kita yang sering lalai dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sehingga semakin kes merebak.

“Jadi, masih belum terlewat untuk kita terus patuh kepada SOP yang ditetapkan.

“Insyallah, kita akan tetapkan SOP baharu sempena Hari Raya Aidiladha. Sekiranya kerajaan mengeluarkan arahan,peraturan dan SOP baharu, saya harap kita semua patuh,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI