fbpx

Mann Ventures tawar iklan untuk tambah pendapatan pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan yang dipamerkan di badan kenderaan untuk meningkatkan pendapatan pemandu e-hailing.

 

KUALA LUMPUR – Syarikat e-hailing, Mann Ventures Sdn. Bhd. (Mann Ventures) menawarkan program MannGO Ads buat pemandu e-hailing sebagai usaha memberi peluang kepada kumpulan tersebut mempelbagaikan sumber pendapatan masing-masing.

Sebelum ini, kumpulan pemandu e-hailing lebih tertumpu kepada aktiviti penghantaran penumpang semata-mata.

Ketua Operasi Mann Ventures, Tengku Shahputra Tengku Amirfuddin berkata, kereta merupakan aset terpenting bagi seorang pemandu e-hailing.

“Kenderaan mereka pastinya berada dalam keadaan yang baik dan sering bergerak ke sana-sini.

“Berdasarkan jarak perjalanan yang dilalui setiap hari maka kenderaan itu boleh dijadikan satu platform terbaik untuk mempromosi dan mengiklankan produk atau perkhidmatan sekali gus menjana pendapatan tambahan” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Shahputra

 

Shahputra menjelaskan, syarikat telah melancarkan MannGO Ads pada Februari lalu tetapi disebabkan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, maka pertumbuhan perniagaan tersebut sedikit perlahan.

“Program ini terbuka kepada semua pemandu e-hailing yang menggunakan kenderaan sendiri.

“Dengan meletakkan iklan pada keempat-empat pintu dan but belakang, mereka boleh menjana pendapatan tambahan bermula daripada RM350 sebulan.

“Pemandu hanya perlu memenuhi syarat pengiklanan iaitu memandu minimum 200 jam sebulan pada jarak sekurang-kurangnya 1,200 kilometer dan kami akan mencari syarikat bersesuaian untuk mengiklankan perkhidmatan pada kenderaan mereka,” jelas beliau.

Tambah Shahputra, buat masa ini terdapat 30 kenderaan telah menyertai program tersebut dengan penglibatan antara enam hingga tujuh syarikat pengiklan.

Jelas beliau, pihaknya berharap MannGO Ads terus berkembang selari dengan pemulihan ekonomi dengan sasaran penyertaan antara 300 hingga 400 kenderaan menjelang hujung tahun ini.

“Tempoh minimum bagi sesebuah syarikat mengiklankan penawaran mereka adalah selama tiga bulan, jadi setiap pemandu yang menyertai program ini akan memperoleh pendapatan minimum RM1,050.

“Program ini diharap dapat membantu pemandu e-hailing berdepan cabaran ekonomi masa kini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI