fbpx

Revington mungkin kembali ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REVINGTON (dua dari kanan) mempunyai pengalaman sebagai jurulatih skuad hoki kebangsaan dikhabarkan kembali sebagai Pengarah Teknikal Projek Khas Sukan Asia 2026.

SPEKULASI kini bertiup kencang mengatakan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mungkin melantik bekas ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Paul Revington sebagai Pengarah Teknikal Projek Khas Sukan Asia 2026.

Ia selepas Revington, 46, dilaporkan telah melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih Program Pembangunan Elit Bri­tain (wanita) seperti dilaporkan portal antarabangsa, The Hockey Paper baru-baru ini.

Kemampuan pengendali dari Afrika Selatan itu sudah tidak asing lagi buat para peminat dan pemerhati sukan hoki tanah air atas kejayaannya mengemudi Malaysian Tigers layak ke Piala Dunia 2014.

Jika benar, tonggak berpe­ngalaman skuad negara, Muhammad Razie Abd. Rahim percaya ia merupakan satu berita bagus buat masa depan hoki Malaysia.

“Sangat bagus kerana jawatan itu untuk program jangka masa panjang. Ia sangat membantu pemain-pemain muda untuk me­ningkat,” katanya.

Jurulatih penjaga gol skuad remaja lelaki negara, S. Kumar juga mempunyai pandangan yang positif jika benar Revington yang pernah mengendalikan skuad antarabangsa Ireland, kembali semula ke Malaysia.

“Saya tak pasti dia datang atau tidak tetapi saya memperoleh pengalaman yang baik sepanjang berada di bawah bimbingannya. Saya sendiri nampak banyak peningkatan dalam pasukan untuk tempoh setahun,” jelasnya.

Sebagai rekod, Revington mula dilantik sebagai ketua jurulatih skuad negara pada Oktober 2012 dengan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2016, namun terpaksa melepaskan tugasnya dua tahun kemudian disebabkan masalah kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI