fbpx

Akademi lahir penjaga gol berprestasi tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISYAFRIAL (berdiri di kanan) mahu melahirkan lebih ramai penjaga gawang menerusi penubuhan Akademi Penjaga Gol Pulau Pinang.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

Bekas penjaga gol pasukan Pulau Pinang dan PKNS FC, Isyafrial Azizly Ishak, 36, memasang impian untuk melahirkan lebih ramai penjaga gawang utama tempatan menerusi penubuhan Akademi Penjaga Gol Pulau Pinang.

Merangkap sebagai jurulatih, Isyafrial berkata, akademi yang ditubuhkan awal Januari tahun lalu itu diselianya bersama rakan seperjuangan, Khairul Nizam.

Khairul Nizam juga merupakan bekas penjaga gawang Pulau Pinang dan NS Chempaka.

“Menjadi impian saya untuk melahirkan lebih ramai penjaga gol tempatan khususnya anak jati Pulau Pinang.

“Kami akan menggunakan pengalaman yang ada untuk diketengahkan kepada semua peserta selain bentuk latihan sebenar seperti diterapkan pasukan profesional,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menurut beliau yang juga jurulatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Daerah Timur Laut, ketika ini belum ada penjaga gol berasal dari Pulau Mutiara bermain di peringkat lebih tinggi.

“Saya mempunyai impian untuk memastikan mereka berjaya menjulang nama buat negara suatu hari nanti.

“Setakat ini kami telah menerima seramai 14 penyertaan yang berusia dalam lingkungan 11 hingga 40 tahun,” katanya.

Isyafrial menambah, pihaknya hanya mengenakan yuran sebanyak RM15 seorang bagi ketiga-tiga sesi pada setiap minggu. Saya akan cuba membangunkan mereka (penjaga gol) ke peringkat profesional kerana mereka merupakan pelapis buat pasukan negara,” jelas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI