fbpx

Hasrat Juventus rangkul Scudetto tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS tewas mengejut 1-2 kepada Udinese pada aksi awal pagi tadi.

UDINE, Itali – Juventus berpeluang ditabalkan sebagai juara Serie A awal pagi tadi, namun hasrat tersebut tertangguh selepas tewas mengejut 1-2 kepada Udinese di Arena Dacia awal pagi tadi hingga memaksa The Old Lady perlu menunggu lagi untuk mempertahankan gelaran Scudetto buat kali kesembilan berturut-turut.

Ini kerana Juventus memerlukan satu kemenangan sahaja lagi selepas pencabar terdekat, Inter Milan sekadar seri tanpa jaringan dengan Fiorentina dalam aksi Serie A yang berlangsung di Stadium San Siro awal pagi kelmarin.

Jika meraih kemenangan itu, The Old Lady akan memiliki kelebihan sembilan mata ke atas Atalanta yang kini memintas Inter di tangga kedua liga dengan baki tiga perlawanan sahaja lagi musim ini.

Walaupun Atalanta mampu merapatkan jurang kedudukan dengan Juventus tetapi kelebihan masih memihak kepada skuad bimbingan Maurizio Sarri itu dari segi perbezaan jumlah jaringan gol.

Malah, rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan sebelum ini juga memihak kepada Juventus dengan kemenangan 3-1 dan satu keputusan seri 2-2.

Meskipun Udinese berjaya mencipta kejutan ke atas Juventus, gergasi Itali itu masih berpeluang merakam kejayaan bersejarah mereka dengan menewaskan Sampdoria pada aksi liga seterusnya, Isnin depan.

Juventus sudah tentu mahu menjamin kejayaan mereka lebih awal apabila dijangka menurunkan barisan terkuat seperti duo berbahaya mereka iaitu Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI