fbpx
Bekalan air di Klang dan Kuala Langat pulih sepenuhnya. - Gambar Hiasan.

Bekalan air di Klang dan Kuala Langat pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air tidak berjadual di dua kawasan daerah Klang dan lapan kawasan bagi daerah Kuala Langat susulan insiden paip pecah akibat tanah mendap sejak Isnin lalu pulih sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.(Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 7 pagi tadi menzahirkan penghargaan kepada para pengguna atas kesabaran sepanjang tempoh gangguan bekalan air.

“Air Selangor menyarankan pengguna untuk memuat turun aplikasi Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk info terkini berhubung bekalan air.

“Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai bekalan air dari semasa ke semasa menerusi laman sosial Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor selain aplikasinya serta di laman sesawang www.airselangor.com,” katanya.

Isnin lalu, Kosmo! Online melaporkan gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di Klang dan Kuala Langat susulan paip pecah di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang berikutan kejadian tanah mendap.- K! ONLINE.

POPULAR