fbpx

14 cedera dalam insiden berbalas tembakan di rumah mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan pegawai polis menjalankan siasatan di hadapan sebuah rumah mayat selepas satu insiden berbalas tembakan di Chicago. – AFP

ILLINOIS, Amerika Syarikat (AS) – Sekurang-kurangnya 14 orang cedera dalam satu insiden tembakan di luar sebuah rumah mayat di bandar Chicago, selepas Presiden AS, Donald Trump mengugut mahu mengerah ejen persekutuan ke beberapa bandar yang ditadbir datuk bandar Parti Demokrat.

Timbalan Ketua Polis Bandar Chicago, Superintendan Eric Carter berkata, kejadian berlaku selepas beberapa penumpang sebuah kereta ‘melepaskan tembakan ke arah tetamu satu majlis pengebumian’.

“Tetamu majlis kemudiannya berbalas tembakan. Seramai 14 orang cedera dalam insiden tembakan Selasa (kelmarin),” katanya.

Datuk Bandar Chicago, Lori Lightfoot menerusi Twitter berkata: “Terlalu banyak senjata api berada di jalan awam dan dalam pemilikan mereka yang tidak sepatutnya memilikinya.”

Kejadian tembakan kerap berlaku di beberapa buah negeri di AS sepanjang musim panas. Sejumlah 63 orang ditembak dan 12 terkorban sepanjang minggu lalu di Chicago, menurut media tempatan.

Terdahulu, Trump pernah mengugut mahu menghantar lebih ramai anggota keselamatan ke beberapa buah negeri di AS untuk mengekang kejadian tunjuk perasaan antiperkauman yang tercetus selepas kematian seorang lelaki kulit hitam, George Flyod semasa ditahan pegawai polis Minneapolis pada Mei lalu.

Menurut laporan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri melakukan persiapan untuk menghantar kira-kira 150 anggota separa tentera ke Chicago selepas polis tempatan bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan yang mahu menumbangkan patung Christopher Columbus.

Trump yang menyokong langkah itu menyifatkan Chicago kini lebih teruk daripada Afghanistan.

Bagaimanapun, Presiden AS mengecualikan Philadelphia, Detroit, Baltimore dan Oakland daripada tindakan sama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI