fbpx

Perdana Menteri catat pendapatan bulanan tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan skrin portal MyDeclaration kendalian SPRM yang sudah boleh diakses orang ramai hari ini.

Oleh MOHD. HUSNI BIN MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatat pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi pendedahan dikeluarkan Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Berdasarkan portal berkenaan, Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.

Menduduki tangga kedua pendapatan bulanan paling tinggi adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dengan RM87,877.20 sebulan diikuti Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan.

Ia kemudian diikuti dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan.

Berdasarkan tinjauan di portal berkenaan, pendapatan anggota pentadbiran kerajaan itu mula direkod dan diterima antara 30 Oktober 2019 hingga 17 Julai lalu.

Selain itu, tiada maklumat pendapatan bulanan diperolehi bagi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Turut tiada dalam senarai adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Sementara itu, SPRM dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, orang ramai boleh mengakses maklumat perisytiharan harta anggota pentadbiran itu menerusi laman web mydeclaration.sprm.gov.my mulai hari ini.

Sehingga kini, SPRM telah menerima dan memaparkan maklumat harta melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri.

SPRM memaklumkan, pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperolehi atau diambil dari mana-mana sumber selain daripada portal berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI