fbpx

Cheng Hoe congak strategi ampuh buat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAM memberi bayangan bahawa khidmat Cheng Hoe mungkin dikekalkan bagi mengemudi skuad Harimau Malaya mengharungi saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tahun depan.

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui beliau kesuntukan masa, namun ia tidak menghalang usahanya untuk mencongak strategi ampuh bagi mengharungi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bermula Oktober depan.

Kata Cheng Hoe, pengumuman Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bahawa saingan Liga Malaysia (Liga M) bakal kembali 26 Ogos depan memudahkan rancangannya untuk memanggil pemain ke kem latihan skuad kebangsaan yang dijangka bermula 24 September ini.

“Selepas kita tahu saingan Liga M bakal bermula pada 26 Ogos, kami telah meneliti jadual dan kemungkinan kem latihan pusat skuad kebangsaan Harimau Malaya akan dilakukan pada 24 September selepas tamat saingan Liga Super dan Liga Premier.

“Saya tidak tahu sama ada masa itu mencukupi atau tidak untuk barisan pemain yang akan dipilih melakukan persiapan rapi sebelum pasukan bertolak ke Bahrain untuk aksi persahabatan antarabangsa pada 2 Oktober.

“Apa yang saya boleh harap­kan adalah barisan pemain boleh mendapatkan intensiti permainan kompetitif memandangkan saingan liga akan berlangsung selama sebulan dan mereka yang dipanggil tidak mempunyai sebarang masalah kecergasan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya akan mengharungi tiga baki saingan Kumpulan G menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di gelanggang lawan pada 8 Oktober, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (12 Oktober) dan Thailand (17 November).

Mengulas lanjut, Cheng Hoe menolak kemungkinan untuk memanggil lebih daripada 30 pemain untuk kem latihan pusat akan datang kerana tidak mahu kehadiran terlalu ramai pemain akan menjejaskan tempo dan perancangan taktikal yang bakal diterapkan.

“Kemungkinan 26 atau 27 pemain yang akan panggil se­perti sebelum ini kerana saya mahukan kumpulan pemain lebih kecil agar sistem latihan dapat dijalankan dengan lebih teratur,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI