fbpx

Biar MT buat keputusan – Mahdzir Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHDZIR (tiga dari kiri) bergambar bersama pengurusan tertinggi TNB dan kontraktor pada Majlis Pelancaran Upskilling Programme For TNB Contractor di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah Bangi di sini hari ini.

BANGI – Apa-apa keputusan mengenai isu pengagihan kerusi antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO kelak.

Naib Presidennya yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap , Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu mengambil kira persetujuan semua pihak khususnya daripada parti dalaman UMNO sendiri.

“Apa-apa keputusan kita buat secara kolektif dan konsensus dalam Majlis Biro Politik dan MT UMNO.

“Dalam Mesyuarat Tertinggi UMNO itu nanti kita akan buat keputusan atas persetujuan ramai,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Upskilling Programme For TNB Contractor di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) Bangi, di sini sebentar tadi.

Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li tentang kekecewaan ahli UMNO terhadap mereka yang lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei tahun lalu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI