fbpx

Bekas pekerja pusat jagaan cubit, rotan kanak-kanak lelaki didenda RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencubit dan merotan seorang kanak-kanak lelaki menggunakan penyangkut baju sehingga cedera, seorang bekas pekerja sebuah pusat jagaan rumah perlindungan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi .

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Haliza Salleh ,22, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan wanita yang tidak bekerja itu menjalani hukuman penjara empat bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu dan tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan, Nur Haliza didakwa dengan sengaja telah mencubit di bahagian badan dan merotan dengan penyangkut baju plastik warna hitam di belakang badan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun sehingga cedera.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah perlindungan di Jalan Air Panas di sini pukul 5 petang pada 13 November 2019 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira keselamatan awam yang melibatkan kanak-kanak di pusat jagaan yang dijaga tertuduh.

Bagaimananapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringkankan hukuman. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI