fbpx

Santan buka cawangan kedua di Sunway Pyramid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CATHERINE menunjukkan menu yang boleh dipesan di Santan Sunway Pyramid.

SUBANG JAYA – Jenama makanan dan minuman dalam penerbangan AirAsia, Santan melancarkan cawangan restoran keduanya di pusat beli-belah Sunway Pyramid bagi memenuhi permintaan penduduk setempat.

Ia berikutan kejayaan operasi restoran pertama Santan yang dibuka di Mid Valley Megamall pada Disember lalu.

Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata, hampir satu per tiga daripada pesanan dalam talian di cawangan Mid Valley adalah dari Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya seperti Puchong dan Subang, membuatkan pihaknya memilih Sunway Pyramid sebagai lokasi.

“Walaupun dalam suasana ekonomi yang mencabar kini, kami yakin dengan prospek perkembangan perniagaan ini yang akan dipercepatkan dengan penawaran francais,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran sebentar tadi.
Cawangan Santan di Sunway Pyramid akan mula dibuka kepada umum esok. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI