fbpx

PPZ-MAIWP terima bayaran zakat perniagaan RM12.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (belakang lima dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff (belakang enam dari kiri) bergambar bersama wakil syarikat pada Majlis Zakat Korporat dan Serahan SIjil Zakat di Hotel Everly, Putrajaya di sini hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini menerima RM12,992,923.82 sebagai bayaran zakat perniagaan daripada 11 buah syarikat.

Penyerahan zakat itu disempurnakan pada Majlis Zakat Korporat dan Penyerahan Sijil Zakat di sini dengan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff.

Tenaga Nasional Berhad dan UMW Holdings Berhad antara syarikat yang membayar zakat perniagaan itu masing-masing RM5,381.038.40 dan RM4,147,654.50.

Turut membayar zakat adalah Zurich General Takaful Malaysia sebanyak RM1,089,281.98, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (RM1,000,000.00) dan Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. (RM194,676.88). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI