fbpx

Mayat wanita ditemui dengan kesan tetakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat seorang wanita di ladang kelapa sawit berhampiran Kelab Golf Tasik Puteri, Rawang.

RAWANG – Mayat seorang wanita ditemui dengan kesan tetak pada kepala, muka dan tangan di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Kelab Golf Tasik Puteri, Kundang di sini semalam.

Mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam pada pukul 6 petang sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap kira-kira 400 meter dari jalan besar.

“Hasil siasatan polis forensik di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai warga asing dan berusia lingkungan 40-an.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan tetakan pada bahagian kepala, muka dan tapak tangan mangsa, namun tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi.

“Berdasarkan keadaan mayat mangsa kita percaya sudah meninggal dunia dalam tempoh lebih 48 jam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” ujarnya.

Sementata itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Asisten Superintendan Kolanthaivelu Raman di talian 019 2579 232 atau 03 6126 2222.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI