fbpx

Covid-19: 15 kes, satu kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 15 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini membabitkan 11 kes penularan tempatan dan empat kes import menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,815 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 10 daripada 11 kes penularan tempatan adalah membabitkan warganegara manakala satu bukan warganegara.

Beliau berkata, sembilan daripada 10 kes positif Covid-19 itu membabitkan beberapa kluster aktif di Sarawak termasuk kluster baharu yang dikesan hari ini iaitu kluster Sentosa.

“Empat kes import pula melibatkan tiga warganegara yang pulang dari United Kingdom, Arab Saudi dan Belanda.

“Satu kes bukan warganegara melibatkan individu pulang dari Indonesia,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI