fbpx

Shukri Yahaya, isteri dapat anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUKRI YAHAYA

KUALA LUMPUR – Pelakon, Shukri Yahaya bersyukur selepas isterinya, Tya Adnan selamat melahirkan anak kedua mereka hari ini.

Shukri atau nama sebenarnya, Mohd. Shukri Yahaya, 32, berkongsi khabar gembira menerusi satu hantaran video dalam Instagram memaparkan dirinya mendukung bayi lelakinya.

Perkongsian pertama Shukri Yahaya mengenai kelahiran anak lelakinya.

 

“Alhamdulillah, hari ini, Isnin 20 Julai 2020 pada pukul 2.18 petang, lahirlah seorang adik lelaki kepada Aaira Ameena.

“Terima kasih kepada uncle dan aunty yang mendoakan untuk kesihatan, keselamatan Tya Adnan dan bayi. Harap Allah SWT akan membalas beribu lagi kebaikan kepada semua yang telah mendoakan,” tulisnya sebuah video Instagramnya.

Terdahulu, Shukri pada 5 Julai lalu mendedahkan telah mempunyai nama untuk anak lelakinya bagaimanapun dia masih belum bersedia untuk mengumumkan nama tersebut.

Shukri dan Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 29, telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira yang kini berusia empat tahun. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI