fbpx
Keadaan van kilang yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Chenerai, Kuala Pegang, Baling awal pagi ini.

Satu maut, 10 cedera kemalangan van pekerja kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING – Seorang pekerja kilang maut, manakala 10 lagi cedera apabila van yang mereka naiki merempuh sebuah kenderaan lain di Kampung Chenerai, Kuala Pegang di sini awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.25 pagi tadi dan tiba kira-kira 14 minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan sebuah van pekerja jenis Toyota Hiace yang melanggar sebuah kenderaan lain yang mana ketika komander operasi bomba tiba, hanya van tersebut berada di lokasi.

“Sebuah lagi kenderaan lain yang terlibat tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, terdapat 11 mangsa yang berada di dalam van tersebut dengan lima daripada mereka dalam keadaan tersepit.

“Mangsa pertama yang tersepit di tempat duduk belakang berjaya dikeluarkan dalam masa 10 minit, diikuti mangsa kedua kira-kira lima minit selepas mangsa pertama.

“Mangsa ketiga yang juga tersepit di tempat duduk belakang dikeluarkan lima minit selepas mangsa kedua, seterusnya mangsa ketiga dan keempat, masing-masing lima dan tujuh minit selepas itu,” ujarnya.

Menurutnya, mangsa kelima yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan disahkan telah meninggal dunia.

“Seorang lelaki yang merupakan pemandu dan sembilan penumpang perempuan lain dilaporkan cedera,” katanya.

Tambahnya, Kesemua mangsa yang cedera termasuk tiga dilaporkan parah dikejarkan ke Hospital Baling untuk rawatan.-K! ONLINE

POPULAR