fbpx

Raih Populariti Menerusi TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO Iris Leona bersama bapanya, Azhar mendapat tontonan 2.6 juta menerusi aplikasi TikTok.

Kebelakangan ini, aplikasi rangkaian sosial berasal dari China, TikTok semakin mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.

Aplikasi yang diasaskan oleh Zhang Yiming pada tahun 2012 itu turut diminati masyarakat di negara ini terutama generasi muda.

Ia berbeza daripada aplikasi media sosial lain kerana TikTok menyediakan perkhidmatan membuat tarian pendek, mengikut gerak mulut, komedi dan video pendek.TikTok diisytiharkan sebagai aplikasi mudah alih ketujuh paling banyak dimuat turun dari tahun 2010 hingga 2019. Selain menjadi platform hiburan, TikTok berjaya mempopularkan beberapa individu antarabangsa seperti Cameron Dallas, Zach King dan JoJo Siwa.

Di Malaysia, salah seorang remaja yang berjaya meraih populariti menerusi TikTok ialah anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.

Mula berjinak-jinak dengan aplikasi itu sejak Disember tahun lalu selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), gadis berusia 18 tahun itu kini boleh berbangga mempunyai 200,000 pengikut.
“Pada mulanya, saya bermain TikTok hanya suka-suka bagi menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.

 

“Saya tidak sangka pula video-video pendek yang dihasilkan mendapat perhatian warga internet,” katanya ketika ditemu bual i-Gen baru-baru ini.

Setiap bulan, remaja berasal dari Kuala Lumpur yang mahu dikenali sebagai Iris Leona itu menghasilkan sebanyak 50 video.
Kebanyakan video yang dimuat naik olehnya terdiri daripada tarian pendek dengan diiringi lagu-lagu rancak.

Menurutnya, dia hanya memerlukan masa selama 15 minit bagi menghasilkan sebuah video tarian selama 20 saat untuk dimuat dalam aplikasi TikTok.

“Sebelum video diambil, saya akan belajar dan berlatih terlebih dahulu tarian yang akan dipersembahkan. Ia bagi memastikan video yang dirakam betul-betul menarik.

“Rata-rata video yang dihasilkan meraih tontonan sehingga ratusan ribu. Video paling popular adalah tarian saya bersama bapa dengan jumlah tontonan mencecah 2.6 juta,” ujarnya.

Menerusi aplikasi TikTok, gadis yang menjadikan Charli D’amelio dan Avani sebagai idola itu mendapat beberapa tawaran berlakon daripada pengarah filem dan drama tempatan.

Bagaimanapun, Iris Leona tidak berhasrat untuk aktif dalam dunia seni buat masa ini disebabkan dia berasa kurang selesa dengan aktiviti lakonan.

“Menerusi Tik Tok, saya juga dapat menjana pendapatan sendiri.

“Meskipun tidak terlalu banyak, cukuplah menampung perbelajaan saya untuk membeli-belah,” tuturnya.

Biarpun aktif bermain TikTok, Iris Leona tidak pernah mengabaikan pelajarannya.

Ini terbukti apabila dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dengan mendapat 7A, 1B.

Berbeza pula bagi anak muda kelahiran Melaka, Muhammad Azfar Herisyam, 22, yang mula aktif dalam dunia TikTok sejak bulan Jun tahun lalu dan tidak menyangka akan meraih populariti menerusi aplikasi tersebut.

Lebih memeranjatkan apabila kurang setahun aktif menerusi aplikasi TikTok, dia kini mempunyai 139,700 pengikut.

“Saya mula terlibat dengan aplikasi TikTok hanya sekadar untuk suka-suka.

“Saya sendiri tidak menyangka mereka terhibur dengan keletah-keletah yang ditonjolkan dalam video,” jelasnya.

Sering menonjolkan video-video aksi spontan dan bersahaja, siapa sangka posting tersebut bukan sahaja mendapat perhatian daripada masyarakat umum dan golongan selebriti, malah juga dalam kalangan kerabat diraja.

Biarpun video-video yang dihasilkan agak kreatif dan unik, namun menurut anak sulung daripada empat beradik ini, kebanyakan idea yang muncul dalam penghasilan TikToknya itu adalah secara spontan.

“Paling tidak pun, saya akan menghasilkan video yang diinspirasikan daripada individu lain, tetapi dalam versi sendiri,” jelasnya.
Ceritanya, video TikTok pertama yang dihasilkannya ialah Avengers Assamble yang menggunakan kesan berpusing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN