fbpx

Kurang cergas punca empat pelatih skuad B-19 digugurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JURULATIH skuad B-19, Brad Maloney mengesahkan empat pemain yang digugurkan ekoran masalah kecergasan.

KETUA jurulatih skuad Bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan, Brad Maloney terpaksa menggugurkan empat pemain daripada senarai 35 pelatih kerana tahap kecergasan yang kurang memuaskan.

Empat pemain yang terpaksa meninggalkan kem latihan pusat fasa pertama itu ialah penjaga gol dari Sabah, Mohd. Azlizan Mohd. Azlan, Mohammad Nazemizan Naslon (Sabah), Mohammad Zarif Syamil Mohammad Zaman (Melaka) dan Abdul Raziq Abdul Rahim (Melaka).

Bagaimanapun, pengendali berusia 48 tahun itu menegaskan, pengguguran keempat-empat pemain berkenaan tidak bermakna pintu sudah tertutup buat mereka untuk dipanggil semula dalam kem latihan skuad B-19 selepas ini.

“Selepas dua minggu penilaian, kami mendapati empat pemain ini sedikit ketinggalan di belakang pemain-pemain lain dari segi tahap kecergasan.

“Jadi, kami menasihatkan mereka untuk pulang ke negeri masing-masing dan cuba mendapatkan semula tahap stamina terbaik.

“Begitupun, mereka tetap berada dalam radar untuk dipanggil pada masa depan,” katanya kepada pemberita sewaktu sesi latihan hari ke-15 skuad B-19 di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia, Kelana Jaya petang tadi.

Maloney juga memberikan pelepasan kepada salah seorang pelatihnya iaitu Mohd. Nasip Mohammad Zain untuk pulang ke Sabah kerana ibu penyerang berusia 19 tahun itu meninggal dunia.

Ia bermakna skuad B-19 kebangsaan ketika ini cuma mempunyai 31 pelatih untuk kem latihan pusat fasa pertama menghadapi Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B19 di Tashkent, Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober depan.

Ini kerana jurulatih dari Australia itu memanggil seorang pemain baharu iaitu penjaga gol Akademi Mokhtar Dahari, Adib Haikal Mohd. Shukri. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI