fbpx
KASMA berjaya menamatkan saingan GP Sepanyol di kedudukan ke-22 biarpun memulakan perlumbaan di kedudukan ke-30 semalam.

Kasma enggan berputus asa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA muda negara, Kasma Daniel Kasmayudin enggan berputus asa dan nekad untuk memperagakan aksi yang lebih baik menjelang perlumbaan ketiga di Jerez hujung minggu ini.

Kasma turun sebagai pendatang baharu bagi kelas Moto2 dan menjadi pelumba termuda beraksi dalam saingan tersebut bersama pasukan Onexox TKKR Sag Team.

Pada perlumbaan tersebut, Kasma yang memulakan perlumbaan di petak ke-30 berjaya mengakhiri saingan di kedudukan ke-22 sekali gus mengutip pengalaman penting bagi memahami karakter jentera Moto2 dan litar untuk tahun pertamanya.

“Saya sangat gembira dapat menamatkan perlumbaan kerana ini adalah objektif utama kami. Saya perlu terus belajar langkah demi langkah untuk terus maju dan menimba pengalaman.

“Ini adalah perlumbaan paling panjang yang saya lalui dan keadaannya sangat sukar. Saya harap  dapat terus mempamerkan peningkatan yang lebih baik,” kata Kasma.

Dalam saingan Moto2, Kasma bergandingan bersama pelumba Australia, Remy Gardner. – K! ONLINE

POPULAR