fbpx

Havertz hampiri Stamford Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (kanan) dilaporkan semakin hampir menjadi milik Chelsea selepas Leverkusen bersetuju dengan nilai perpindahan yang ditawarkan. - AFP

LEVERKUSEN – Chelsea semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain sensasi Bayer Leverkusen, Kai Havertz selepas yuran perpindahan dilaporkan sudah dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Chelsea dan Leverkusen dikatakan sedia memeterai perjanjian bernilai £73 juta (RM392 juta)  dengan Havertz turut menunjukkan minat dan serius untuk berhijrah ke Stamford Bridge.

Pada masa sama, The Blues juga tidak berdepan sebarang persaingan bagi mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu memandangkan Real Madrid dan Manchester United sudah menarik diri.

Chelsea dijangka memiliki jentera serangan berbisa pada musim depan selepas turut mendapatkan khidmat bintang Ajax, Hakim Ziyech dan peledak RB Leipzig, Timo Werner.

Justeru, beberapa formasi bayangan sudah mula bertebaran di media sosial dengan menyaksikan jentera serangan The Blues dibarisi Werner, Havertz, Ziyech dan Christian Pulisic.

Dalam pada itu, wartawan yang paling dipercayai berhubung perpindahan pemain, Fabrizio Romano turut melaporkan Havertz semakin hampir menyarung jersi The Blues. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI

BERITA BERKAITAN