fbpx
Gambar hiasan

Guru ditemui mati dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Persoalan mengenai ketidakhadiran seorang guru lelaki ke sebuah sekolah di sini terjawab selepas dia ditemui mati di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini pagi tadi.

Mayat guru yang bertugas di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina berusia 43 tahun itu ditemui guru besar sekolah yang pergi mencarinya kira-kira pukul 10.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ibu mangsa mendakwa guru terbabit telah pergi ke sekolah kira-kira pukul 6.30 pagi, namun guru besar memberitahu dia tidak hadir.

“Guru besar telah pergi ke rumah mangsa dan ternampak keretanya yang masih berada di blok kediaman.

“Guru besar itu melihat mangsa dalam keadaan diam diri di dalam kereta dalam keadaan enjin dihidupkan sebelum mengetuk tingkap kereta, namun tiada tindak balas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Soffian, guru besar terbabit telah membuka pintu kereta yang tidak berkunci dan cuba mengejutkan mangsa, namun tiada tindak balas.

“Dia disahkan meninggal dunia dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu.

“Ibu mangsa turut memberitahu cikgu itu tidak menghidap sebarang penyakit, namun dilihat kurang sihat sejak kebelakangan ini dan hanya membeli ubat di farmasi,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR