fbpx

Penolong Kanan Pendaftar UMT rasuah dipenjara lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZRUL(kiri) di bawa keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM17,920 atas kesalahan rasuah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bahana mengambil suapan sebagai dorongan meluluskan kerja-kerja pembekalan, seorang pegawai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan Fazrul En. Hassan, 41, yang merupakan Penolong Kanan Pendaftar Pusat Pengajian Sains Asas UMT turut di denda RM89,600 selepas didapati bersalah ekoran pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan di akhir kes pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, Fazrul didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan daripada sebuah syarikat perabot sebagai dorongan meluluskan kerja-kerja pembekalan 14 set kerusi dan meja simen berjumlah RM17, 920.

Perbuatan tersebut di dakwa dilakukan tertuduh di Pusat Pengajian Sains Asasi UMT, Kuala Nerus pada 12 April 2018.

Dia di dakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI