fbpx

JAS rampas 1,864 tan sisa toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN Ibrahim menunjukkan bahan buangan debu electric arc furnace ,( EAF,) yang dirampas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR RAJA ALI

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menemui 110 unit kontena berisi sisa toksik jenis debu ‘electric arc furnace’ (EAF) yang di transit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah di sini, Rabu lalu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penemuan tersebut merupakan penemuan bahan buangan berjadual terbesar yang di transit di negara ini sejak perjanjian Konvensyen Basel pada 1993.

Menurutnya, sisa toksik seberat 1,864 tan yang dikesan pada 15 Jun lalu itu dibawa masuk dari Romania untuk di transit di sini sebelum dijadualkan ke Indonesia.

“Debu EAF diklasifikasi sebagai buangan toksik dan berbahaya di bawah Konvensyen Basel. Debu EAF mengandungi logam berat amat berbahaya seperti zink, ferum, chromium, cadmium dan plumbum.

“Sekiranya sisa toksik ini tidak diuruskan mengikut prosedur tertentu, ia boleh memberi kesan buruk bukan sahaja kepada alam sekitar, tetapi turut menjejaskan kesihatan manusia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas melakukan lawatan kerja ke PTP, Gelang Patah, di sini hari ini.-K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI