fbpx
Anggota bomba membantu seorang wanita mengeluarkan cincin yang tersekat dijari manisnya dalam kejadian di BBP Muar, Johor, hari ini. Kredit foto Bomba

Bomba potong cincin tersangkut di jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR – Seorang wanita terpaksa mendapatkan bantuan pihak bomba selepas cincin jenis suasa yang dipakai di jari manis tangan kanannya tersekat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Jefri Jamal berkata, mangsa berusia 44 tahun itu telah datang ke balai bomba hari ini selepas usaha mengeluarkan cincin berkenaan gagal.

“Mangsa yang beralamat di Melaka telah datang ke balai ini bersama ahli keluarganya dan mengadu jari bengkak gara-gara cincin suasa dipakai itu tersekat.

“Pihak bomba kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin berkenaan sebelum ia berjaya ditanggalkan dalam tempoh kurang 20 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd Jefri, difahamkan cincin itu baru sahaja dipakai oleh wanita berkenaan sebelum ianya tersekat dan terus gagal dikeluarkan.

“Mangsa mendakwa telah cuba pelbagai kaedah termasuk menggunakan sabun namun gagal sebelum mangsa kemudiannya terpaksa meminta bantuan dari anggota bomba.

“Operasi disertai empat anggota itu tamat pada pukul 10.20 pagi tadi dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR