fbpx

Wan Kuzri sedia rebut tempat dalam skuad B-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN KUZRI (tengah) sudah memulakan latihan bersama skuad B-19 sejak semalam selepas tempoh kuarantinnya tamat. -FAM

PEMAIN negara kelahiran Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal mengakui cukup teruja dapat menyertai kem latihan pusat skuad Bawah 19 (B-19) bagi persediaan menghadapi Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan pada Oktober depan.

Terdahulu, bintang muda yang mewakili Akademi Bola Sepak St. Louis telah melengkapkan kuarantin wajib selama dua minggu dan diuji negatif Covid-19 sebelum diberi lampu hijau untuk sertai latihan di Wisma FAM, Petaling Jaya bermula Khamis lalu.

Kata Wan Kuzri yang juga adik kepada pemain Sporting Kansas City, Wan Kuzain, kehadirannya diharap boleh memberi impak tambahan buat pasukan bimbingan Brad Maloney berdasarkan pengalamannya menjalani latihan di AS sebelum ini.

“Saya berusaha untuk menyesuaikan diri secepat mungkin dan lihat bagaimana saya boleh membantu pasukan. Apa yang penting, saya perlu buktikan dulu keupayaan di hadapan barisan jurulatih.

“Mengenai corak permainan, apa yang saya akan tampilkan di sini sama sahaja seperti di AS. Bola sepak Malaysia dan Amerika Syarikat juga tidak banyak beza cuma mereka memiliki kelebihan fizikal.” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Khamis lalu.

Mengulas lanjut, pemain posisi tengah berusia 18 tahun itu turut mengakui abangnya, Wan Kuzain banyak memberikan nasihat kepadanya sebelum menyertai skuad negara.

“Dia (Wan Kuzain) berpesan inilah masanya untuk menimba ilmu dan pengalaman di peringkat lebih tinggi terutama dapat mewakili skuad kebangsaan,” katanya.

Kejohanan AFC U-19 2020 dijadualkan berlangsung bermula 14 hingga 31 Oktober di Uzbekistan.

Kejohanan ini penting buat skuad remaja Harimau Malaya kerana ia menjadi pusingan kelayakan ke Piala Dunia B-20 yang akan berlangsung di Indonesia pada tahun depan.

Malaysia diundi berada dalam Kumpulan D bersama tiga jaguh Asia Barat iaitu Qatar, Tajikistan dan Yaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN