fbpx

Langkah tepat tidak laksana PPSMI – DBP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBP menyifatkan keputusan Kementerian Pendidikan untuk tidak melaksanakan semula PPSMI semalam sebagai langkah tepat. - AFP

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyifatkan keputusan Kementerian Pendidikan untuk tidak melaksanakan semula Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam sebagai tepat kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, semua kajian menunjukkan PPSMI tidak berjaya mencapai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

“Di sebalik perbelanjaan besar yang melebihi RM5 bilion, pencapaian PPSMI hanya sekitar tiga peratus dan menyebabkan kemerosotan yang nyata bagi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

“Rata-rata kajian menunjukkan bahawa lebih 70 peratus pelajar dan guru tidak menganggap PPSMI sebagai program yang tepat bagi hasrat peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya melalui satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya, sebelum ini, Kementerian Pendidikan ketika diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2011 telah memutuskan untuk memansuhkan PPSMI setelah mengambil kira kajian daripada pelbagai pihak yang jelas menunjukkan kesilapan dan kegagalan program itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN