fbpx

RUU Covid-19 akan dibentang di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kaedah Sementara bagi Mengurangkan Impak Penyakit Coronovirus 2019 (Covid-19) Akta 2020 akan dibentangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, melalui cadangan RUU itu, KPDNHEP akan terlibat secara langsung untuk meminda perundangan Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang melibatkan urus niaga jualan kredit.

“Pindaan peruntukan yang dicadangkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 akan memperuntukkan larangan pemberi kemudahan kredit untuk mengenakan caj bayaran lewat serta memulakan prosiding undang-undang terhadap pembeli pada tempoh yang ditetapkan.

“Pindaan ini diharap dapat membantu pengguna mengurangkan beban pembayaran ansuran bulanan serta memberi kelonggaran beban kewangan yang dialami oleh pembeli jualan kredit sedia ada sewaktu pasca Covid-19,” katanya pada Majlis Amanat Menteri di sini hari ini.

Alexander

 

Dalam perkembangan berbeza, Alexander berkata, nilai jualan Perdagangan Borong dan Runcit melonjak 26.3 peratus bagi bulan Mei lalu berbanding bulan sebelumnya sekali gus memberi petunjuk awal positif bahawa ekonomi negara dapat dipulihkan.

Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perdagangan domestik merangkumi pelbagai industri yang menyebabkan banyak perniagaan ditutup dan ramai hilang pekerjaan.

“Kerajaan bagaimanapun, tidak berputus asa dalam menetapkan strategi-strategi yang berkesan bukan sahaja untuk mengatasi isu penularan wabak bahkan inisiatif untuk memulihkan aktiviti ekonomi negara yang merosot sehingga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan pembangunan negara,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN