fbpx

Penganggur mengaku tidak salah bunuh 3 ekor kucing jantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najwan (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

SELAYANG – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh tiga ekor kucing jantan di sebuah kedai dobi layan diri Ahad lalu.

Tertuduh Muhammad Najwan Zulkefli ,24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada tiga ekor kucing.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Premis Dobi Layan Diri Altantis, Blok 3, Desa Satu Apartment Desa aman Puri Kepong di sini antara pukul 5 pagi hingga 6.30 pagi pada 12 Julai lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) (e) akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor N.Nageswara Rao memohon kepada mahkamah untuk tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta, Perak bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut memandangkan perwatakan tertuduh tidak stabil.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani pemeriksaan lanjut selama sebulan.

Dalam prosiding itu tertuduh tidak diwakili peguam.

Tarikh 13 Ogos ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita mendedahkan dalam media sosial mengenai tindakan kejam individu yang membunuh tiga kucing dengan cara dilemaskan dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.

Tindakan kejam itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an kira-kira jam 5.30 pagi.

Lelaki terbabit yang dikatakan kurang siuman dan hidup gelandangan selepas kematian ibu bapanya ditahan bagi membantu siasatan selepas ditemui penduduk di Aman Puri, Kepong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI