fbpx
Orang ramai berusaha menarik sebuah kereta yang di tenggelami air di Jeti Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut hari ini.

[VIDEO] Enam kenderaan nyaris hanyut di Sungai Tembeling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Enam buah kenderaan nyaris hanyut apabila paras air Sungai Tembeling naik mendadak di Jeti Taman Negara Kuala Tahan, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, empat daripada kenderaan terbabit adalah milik pelancong asing dari Perancis, China dan United Kingdom manakala dua lagi kepunyaan penduduk tempatan.

Pengerusi Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, kenderaan tersebut diletakkan di kawasan larangan kerana kejadian yang sama telah berlaku sebelum ini.

“Kenderaan yang di tenggelami air ialah dua buah Toyota Fortuner manakala masing-masing sebuah Nissan Xtrail, Mercedes-Benz GLC 300, Naza Citra dan Proton Wira Aeroback.

“Tindakan pantas lebih 20 penduduk tempatan serta pelancong berjaya menarik kenderaan terlibat ke tempat yang selamat,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan di Jeti Taman Negara kerana kawasan tersebut selalu dinaiki air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN