fbpx

Polis Chile latih anjing hidu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA anggota polis Chile berjalan bersama anjing pengesan mereka. - AFP

SANTIAGO, Chile – Polis Chile kini melatih anjing bagi mengesan individu yang mungkin dijangkiti koronavirus dengan menghidu peluh mereka.

Kesemua empat ekor anjing berkenaan berusia antara empat hingga lima tahun dan sebelum ini dilatih untuk mengesan dadah, bahan letupan serta orang hilang.

Program latihan tersebut adalah usaha bersama antara Polis Nasional Chile, unit Pengawal Sempadan dan pakar-pakar dari Universiti Katholik Chile.

“Chile kini mengikuti usaha serupa yang dilakukan Perancis,” kata ketua sekolah khas polis, Julio Santelices.

Anjing mempunyai 330 juta saraf bau dan boleh mengesan bau 50 kali ganda lebih baik berbanding manusia. Haiwan itu juga boleh menghidu 250 orang pada setiap jam.

Mengulas perkembangan sama, profesor Universiti Katholik Chile, Fernando Mardones berkata, virus Covid-19 tiada bau tetapi jangkitannya menyebabkan metabolisme badan manusia berubah.

“Pesakit akan mengeluarkan peluh berbeza yang akan dihidu anjing tersebut,” kata Mardones.
Menurut Santelices pula, beberapa ujian di Eropah dan Dubai mendapati kaedah pengesanan virus Covid-19 menggunakan anjing adalah 95 peratus tepat.

Pihak berkuasa Chile akan menempatkan haiwan tersebut di kawasan sesak dengan pejalan kaki seperti stesen kereta api, lapangan terbang dan pusat kawalan kesihatan.

Pada Selasa lepas, negara Amerika Selatan itu merekodkan 1,836 kes baharu Covid-19. Ia adalah angka terendah dalam tempoh dua bulan, menjadikan jangkitan keseluruhan koronavirus sejak 3 Mac lalu berjumlah 319,493. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN