fbpx

Gagal pamer tanda harga, tiga peniaga dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP bersama peniaga yang dikenakan kompaun dalam operasi di sekitar Subang Jaya dan Shah Alam kelmarin.

KUALA LUMPUR – Tiga peniaga dikompaun kerana gagal mempamerkan tanda harga barangan kawalan di premis mereka dalam satu operasi di sekitar Su­bang Jaya dan Shah Alam kelmarin.

Operasi itu telah dilaksanakan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor bermula kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor, Aminuddin Muhammad berkata, antara barangan yang tidak dipamerkan tanda harga ialah gula dan gas petroleum cecair (LPG) yang me­rupakan barangan yang dikawal oleh kerajaan.

“Kita khuatir peniaga mengambil kesempatan menjual barangan kawalan ini melebihi harga yang ditetapkan.

“Oleh itu, tindakan kompaun serta-merta sebanyak RM1,000 telah dikenakan kepada setiap peniaga terbabit mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 iaitu ,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Aminuddin menjelaskan, harga yang ditetapkan bagi gula putih bertapis kasar adalah RM2.85 sekilogram (kg), manakala LPG isian 14 kg adalah RM26.60.
Justeru KPDNHEP menasihati semua peniaga agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan terutamanya berkaitan tanda harga.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada peniaga yang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
“Pengguna dialu-alukan menyalurkan sebarang aduan dan salah laku peniaga melalui saluran aduan yang telah disediakan kementerian,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN