fbpx

Atletico rindu kelibat Aguero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Bekas bintang Atletico Madrid, Diego Forlan menggesa Sergio Aguero untuk kembali ke saingan La Liga sebelum kariernya berakhir.

Penyerang Argentina itu menghabiskan tempoh selama lima tahun bersama Atletico dengan menjaringkan 100 gol dalam 230 penampilan selain menjulang gelaran Liga Europa dan Piala Super UEFA bersama pasukan itu.

Aguero kemudian berhijrah menyertai Manchester City pada 2011 dan melalui tempoh yang gemilang di England selama sembilan tahun apabila meledak 254 gol dalam 370 penampilan termasuk menjulang empat gelaran Liga Perdana England, lima Piala FA dan satu kejayaan Piala FA.

 

AGUERO memiliki baki kontrak setahun di Etihad selepas menghabiskan masa lebih sembilan musim bersama City.

 

Penggempur sensasi itu kini yang sudah berusia 32 tahun hanya mempunyai baki satu tahun kontrak bersama skuad bimbingan Pep Guardiola tetapi The Citizens dilaporkan bersedia untuk menawarkan kontrak lanjutan.

“Saya fikir adalah suatu yang sangat baik untuk menyaksikan Aguero kembali ke Sepanyol. Dia tiba di Atletico pada usia yang muda tetapi telah mempamerkan aksi yang cukup baik.

“Pastinya ia menjadi perkara yang menakjubkan buat Atletico untuk kembali mendapat khidmat Aguero,” katanya.

Atletico ketika ini berada di kedudukan keempat La Liga berkongsi mata dengan Sevilla tetapi ketinggalan 14 mata berbanding pendahulu, Real Madrid berbaki dua perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN