fbpx

52 ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa telah menahan 52 individu yang didapati melanggar SOP yang ditetapkan sepanjang PKP. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 52 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan 36 daripadanya melanggar prosedur operasi standard (SOP) manakala 16 lagi melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 11 daripadanya telah direman, 40 lagi dikenakan kompaun manakala seorang dijamin.

Sehingga semalam, task force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia itu telah menjalankan sebanyak 64,414 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI