fbpx

Ahli akademik ‘biasa-biasa’ tidak perlu dibawa masuk dari awal – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
"C:UsersITD POOLDownloadsWhatsApp Image 2024-04-26 at 13.26.16.jpeg"

SEPANG – Ahli akademik yang disifatkan sebagai ‘mediocre scholar’ atau bertaraf sederhana sepatutnya tidak perlu dibawa masuk ke Malaysia sebagai pensyarah pelawat.

Itu penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika disoal mengenai ahli akademik Amerika Syarikat (AS), Bruce Gilley’s yang membuat hantaran di aplikasi X yang menjelaskan beliau meninggalkan Malaysia berikutan faktor keselamatan.

“Mediocre scholar (ahli akademik sederhana) tidak sepatutnya dibawa masuk sebagai pensyarah pelawat pada awalnya. Selebihnya, Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir) sudah jelaskan,” katanya ringkas kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kampus dan Upacara Pecah Tanah Simulasi Penerbangan MAB Academy, di sini tadi.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke dan Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Datuk Izham Ismail.

Kata pensyarah itu, Malaysia merupakan negara tidak selamat untuk dilawati.

“Saya telah selamat berlepas dari Malaysia, selangkah di hadapan gerombolan Islamo-fasis yang ‘disebat’ oleh kerajaan di sana. Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang,” kata Gilley menerusi ciapan di platform X, semalam.

Sebelum ini, Kedutaan AS di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.

Memetik laporan sebuah portal berita, pihak kedutaan itu berkata, tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.

Kenyataan dikeluarkan itu sebagai mengulas dakwaan Gilley di satu program Universiti Malaya yang sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas mendakwa ahli politik Malaysia menggesa ‘Holocaust kedua’ terhadap orang Yahudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI