MARTINEZ dilihat sebagai penyerang paling sesuai untuk menggantikan peranan Lewandowski. - AFP

Barca lega ejen Martinez setuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Juara La Liga, Barcelona menerima khabar positif apabila dilaporkan sudah mendapat persetujuan tidak rasmi untuk membawa masuk Lautaro Martinez dari Inter Milan.

Berdasarkan laporan semasa, Barcelona dan ejen Martinez, Alejandro Camano sudah menemui kata sepakat mengenai potensi perpindahan tersebut, namun belum mengemukakan sebarang tawaran rasmi kepada Inter.

Cabaran utama yang perlu dihadapi oleh Barcelona adalah untuk memberi keyakinan kepada Inter untuk melepaskan tonggak serangan mereka itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Robert Lewandowski.

Ini kerana, Inter dikatakan langsung tidak berminat untuk menjual ketua pasukannya itu yang kini sedang memikul peranan sebagai penyerang utama skuad The Nerazzurri bagi mengharungi musim 2026/27.

Pengurus Inter, Cristian Chivu menjelaskan beliau tidak gusar jika wujud ‘godaan’ Barcelona dan kekal percaya Martinez akan kekal lebih lama di San Siro.

“Saya tidak takut apa-apa, Lauti adalah kapten pasukan dan saya percaya dia akan terus kekal untuk tempoh yang lama. Ini kerana dia adalah pemain yang kami mahukan untuk bina masa depan pasukan.

“Saya juga tahu pasaran perpindahan boleh jadi sukar namun satu-satunya jawapan yang saya boleh berikan adalah saya mahu dia terus kekal,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN