TANGKAP layar menunjukkan seorang pemuda telah memberi amaran sebelum gempa bumi melanda NTT. -@feedmedsos

‘Ramalanku benar belaka’, amaran gempa bumi jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tindakan seorang pemuda yang mahu memberi amaran kepada penduduk di pelabuhan supaya menyelamatkan diri beberapa jam sebelum gempa bumi melanda wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT), tular di media sosial, lapor halaman media jakartainfoterkini.

Amaran tersebut tidak diendahkan dan hanya dijadikan bahan ketawa oleh warga setempat. 

Ini kerana pemuda berkenaan menyampaikan amaran tersebut sambil mendakwa dirinya sebagai Malaikat Mikail, menyebabkan penduduk menganggap dia cuma berhalusinasi.

Walau bagaimanapun, hanya beberapa jam selepas kejadian itu, gempa bumi benar-benar berlaku dan menggemparkan orang ramai.

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 telah  menggegarkan luar pantai Pulau Flores di NTT, semalam dan  mengorbankan banyak nyawa dan memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN