SELURUH industri Bollywood sudah lali akan perselisihan faham yang pernah tercetus antara aktres popular, Kareena Kapoor dan pengarah tersohor, Sanjay Leela Bhansali.
Lebih 25 tahun lalu, Sanjay dikatakan melamar Kareena untuk membintangi filem Devdas, namun akhirnya menggantikan aktres itu dengan Aishwarya Rai.
Disebabkan itu, Kareena dikatakan bengang dengan keputusan Sanjay dan mereka bermasam muka selama bertahun-tahun.
Pada tahun 2012, Sanjay melamar Kareena untuk membintangi filem Ram Leela. Kareena bersetuju untuk membintangi filem tersebut, namun menarik diri pada saat akhir sebelum penggambaran bermula.
Situasi tersebut membuatkan ramai peminat hampa untuk melihat kedua-dua figura hebat itu bekerjasama dalam sebuah filem.
Namun, khabar terbaharu sedang bertiup kencang mengatakan Kareena dan Sanjay akhirnya akan bekerjasama dalam sebuah filem.
Sanjay dikatakan berminat untuk melamar Kareena membintangi filem baharunya di samping pelakon terkenal dari India Selatan iaitu Danush.
Filem berkisar tentang pengembaraan yang diinspirasikan oleh mitologi yang berlatarbelakangkan hutan tebal.
Naratif filem tersebut berkisar tentang seekor gajah dan menampilkan watak protagonis wanita mandiri.














