fbpx
PATI terpaksa bergadai nyawa dan membayar sejumlah wang kepada sindiket penyeludupan migran bagi tujuan untuk masuk atau keluar secara haram dari negara ini.

Batam dijadikan ‘pintu masuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pulau Ba­tam, Indonesia merupakan lokasi popular yang digunakan sindiket penyeludupan migran sebagai transit untuk mengumpul pendatang asing tanpa izin (PATI) sama ada untuk masuk atau keluar dari negara ini.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, jarak Pulau Batam dengan pesisiran pantai Johor yang dekat antara faktor sindiket memilih lokasi ber­kenaan untuk transit.

Jelasnya, jarak antara Pulau Batam dengan perairan Johor ha­nya sembilan batu nautika (bn) atau kira-kira 16.67 kilome­ter (km).

“Sindiket memilih Pulau Batam sebab kawasan itu strategik, ada lapangan terbang dan ada perkhidmatan darat. Mereka (PATI) datang bukan hanya penduduk Batam tetapi mereka datang dari seluruh negeri lain sama ada dari Jawa, Kalimantan, Lombok atau daerah-daerah lain.

“Jarak pula dekat dari Batam ke Johor hanya 9 batu nautika, sempadan perairan antarabangsa kalau bahagi dua hanya 4.5 batu nautika. Jarak dekat memudahkan mereka untuk bawa PATI ini sama ada nak keluar atau masuk,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Nurul Hizam turut mendedahkan, sindiket akan membayar sejumlah RM500 untuk satu trip kepada tekong laut yang menyediakan perkhidmatan teksi air.

Kebanyakan tekong laut akan mengejar trip untuk mendapatkan bayaran lebih, malah ada yang mencecah RM5,000 sebulan.

Selain itu, beliau membe­ritahu, sindiket juga memasang tonto atau lebih dikenali pembocor maklumat.

“Pembocor maklumat ini akan menyalurkan pergerakan pihak berkuasa. Kita juga percaya mereka ini licik dan sentiasa mengikuti perkembangan, pergerakan serta mereka tahu bila masa kita keluar operasi dan sebagainya,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN