Seorang anggota tentera di bawa ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini bagi mendapatkan permohonan reman kes tertembak rakan sepasukan di lapang sasar, Sungai Menyala, Port Dickson, semalam. FOTO NOR AINNA HAMZAH

Anggota tentera direman tiga hari kes tertembak rakan di lapang sasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang anggota tentera direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian rakan sepasukannya cedera terkena tembakan di lapang sasar, Sungai Menyala, Port Dickson, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, perintah reman terhadap suspek berusia lingkungan 20an itu diperoleh hari ini.

“Permohonan reman telah dibuat di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Noor Shazziera Safaruddin dan diluluskan selama tiga hari bermula 13 Ogos hingga 15 Ogos ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang semalam, seorang anggota tentera dilaporkan cedera selepas terkena tembakan rakan sepasukannya ketika berada di lapang sasar berkenaan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN