Gambar hiasan.

Jerebu: Minden, Cheras catat IPU tak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 10 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pagi ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah di Samarahan, Sarawak dengan bacaan IPU 180.

Selain itu, turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (179), Kuching (176), Sri Aman (161), Sarikei (158), Mukah (153) dan Sibu (152).

Sementara itu, di Semenanjung terdapat dua kawasan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu di Johan Setia (154), Cheras (135) dan Minden, Pulau Pinang (107).

Bagi kawasan-kawasan lain, sebanyak 56 stesen mencatatkan IPU sederhana manakala di Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis masing-masing merekodkan bacaan pada tahap baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN