fbpx
Peserta bengkel anjuran OE EduGroup dan SBE, UPM bergambar bersama baru-baru ini.

OE EduGroup, SBE UPM anjur program kepimpinan berteraskan manfaat AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – OE EduGroup dan School of Business and Economics (SBE), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan siri kepimpinan transformasional, menerusi program sulung Leadership Workshop Series 1: The AI Humanity Code baru-baru ini.

Program ini bertujuan untuk membangunkan pemimpin berwawasan, beretika dan bersedia menghadapi landskap kepimpinan yang semakin dipengaruhi kecerdasan buatan (AI).

Program yang dikendalikan oleh Pengerusi OE EduGroup, Datuk Wira Dr Calvin Khiu itu akan memfokuskan kepada aspek keseimbangan antara kemajuan teknologi dan nilai kemanusiaan dalam kepimpinan.

Sehubungan itu, pendekatan program itu akan membolehkan peserta meneroka bagaimana AI dapat dimanfaatkan secara strategik tanpa mengabaikan elemen penting seperti empati, integriti dan hubungan sesama manusia.

“Perkembangan AI bukan sahaja mengubah landskap pelbagai industri, malah turut membawa perubahan terhadap cara pemimpin membuat keputusan, mengurus organisasi dan membina hubungan dengan warga kerja.

“AI sedang mengubah industri dan paradigma kepimpinan, jadi melalui bengkel ini, ia akan memberi penekanan kepada usaha menyelaraskan kemajuan teknologi dengan nilai kemanusiaan. Kita mahu membangunkan pemimpin yang mampu berfikir secara bijaksana, namun tetap memimpin dengan empati,” katanya dalam kenyataan.

Sepanjang bengkel, peserta terlibat dalam sesi interaktif yang merangkumi aspek pemikiran strategik, literasi AI dan kepimpinan berteraskan empati.

Pendekatan tersebut turut membantu peserta memahami cabaran dan peluang yang timbul apabila organisasi mengadaptasi teknologi AI dalam proses membuat keputusan dan pengurusan pasukan.

Selain itu, dalam kerjasama tersebut, SBE UPM memainkan peranan dalam memudah cara pelaksanaan program serta menyediakan platform pembelajaran yang menghubungkan pengetahuan akademik dengan cabaran sebenar dalam kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Melalui kepakaran akademik dan pendekatan pembelajaran yang relevan dengan keperluan industri, SBE UPM terus memperkukuh peranannya sebagai penghubung antara pendidikan, industri dan perkembangan semasa dalam dunia perniagaan.

Susulan pelaksanaan program sulung ini, siri seterusnya di bawah Siri Kepimpinan Transformasional akan mengetengahkan topik berkaitan inovasi, transformasi perniagaan mampan serta kecemerlangan kepimpinan berteraskan AI, bagi memperkukuh lagi kompetensi pemimpin dalam menghadapi perubahan landskap perniagaan dan teknologi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN