fbpx
ROHANI menampal magnet Jalur Gemilang kepada pengunjung stesen minyak sempena program Ekspresi Jalur Gemilang Jabatan Penerangan (JaPen) @ Petronas di Petronas Mukim Gali di Raub, hari ini.

Petronas Mukim Gali dipilih lokasi Ekspresi Jalur Gemilang Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Petronas Mukim Gali di sini dipilih sebagai lokasi program Ekspresi Jalur Gemilang Jabatan Penerangan (JaPen) @ Petronas bagi negeri Pahang yang berlangsung serentak di 15 stesen minyak Petronas seluruh negara hari ini.

Pengarah JaPen Pahang, Rohani Chik berkata, pemilihan Petronas Mukim Gali juga mempunyai kaitan dengan penganjuran Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Pahang yang berlangsung di daerah ini hari ini.

Menurutnya, program yang bermula kira-kira pukul 10.40 pagi itu merupakan julung kali dilaksanakan hasil kerjasama JaPen dan Petronas sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

“Program hari ini merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Pahang yang kemuncaknya berlangsung pada malam ini yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Kita mahu sambutan ini bukan sahaja tertumpu kepada majlis rasmi, tetapi turut dapat dirasai masyarakat menerusi pelbagai aktiviti di lokasi yang dekat dengan mereka,”katanya pada sidang media sempena program Ekspresi Jalur Gemilang Jabatan Penerangan (JaPen) @ Petronas di Petronas Mukim Gali di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN