fbpx
BEBERAPA tulang dipercayai rangka manusia dalam guni reput yang ditemui di tebing sungai di Behor Mali, Kangar hari ini.

Lagi tulang dalam guni ditemukan 200 meter dari lokasi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Dalam tempoh dua minggu, satu lagi tulang dipercayai rangka manusia dalam guni reput ditemukan di tebing sungai belakang sebuah rumah di Behor Mali, di sini hari ini.

Seorang saksi, Roslan Md. Isa, 61, berkata, ketika kejadian, dia sedang membersihkan halaman rumah sebelum menjumpai guni reput dan tulang dipercayai sebahagian rangka manusia.

“Saya sedang meracun dan membersihkan belakang rumah bersama seorang rakan sebelum ternampak beberapa tulang bersaiz agak panjang dalam guni reput di tebing sungai pada pukul 11 pagi.

“Sebaik melihat tulang itu, saya teringat tentang penemuan rangka manusia di kawasan kebun berdekatan lalu menghubungi Balai Polis Simpang Empat bagi memaklumkan perkara tersebut,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Roslan, dia baru membeli tanah itu kira-kira dua bulan lalu dan kawasan tersebut dipenuhi semak-samun dan belukar sebelum ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati lokasi penemuan tulang kali ini terletak kira-kira 200 meter dari penemuan pertama rangka manusia yang dilaporkan pada 26 Julai lalu.

Penemuan tersebut turut menarik perhatian orang ramai selepas menyedari kehadiran sepasukan anggota polis dan forensik yang membuat siasatan di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN