fbpx
Fahmi pada sidang akhbar mingguan pasca Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

RCI Tabung Haji: 35 hingga 40 Ahli Parlimen sedia bahas laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sekurang-kurangnya 35 hingga 40 ahli Parlimen menyatakan kesediaan untuk membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) pada Sidang Khas Dewan Rakyat, 11 Ogos ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri juga telah dimaklumkan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bersetuju supaya sidang khas berkenaan diadakan secara berterusan tanpa waktu rehat.

“Pada ketika ini, dianggarkan sekurang-kurangnya 35 ke 40 orang Ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan dan minat untuk membahas isu tersebut. 

“Kita boleh ikuti nanti siaran secara langsung dalam semua saluran media rasmi sepanjang sidang khas Dewan Rakyat,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Pada 31 Julai lalu, media melaporkan Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung laporan RCI TH akan berlangsung pada 11 Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesi khas itu diadakan pada tarikh ber­kenaan selepas mendapat persetujuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN