fbpx
Dua mangsa cedera ditimpa struktur batu dan kayu yang runtuh dari tingkat satu sebuah premis perniagaan di Lebuh Armenian, hari ini.

Dua individu cedera ditimpa struktur bangunan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Dua individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas ditimpa sebahagian struktur batu dan kayu yang runtuh dari tingkat satu, sebuah premis perniagaan di Lebuh Armenian di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1.17 tengah hari tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai yang diketuai Penguasa Bomba Kanan l, Muhd Huzaini Hassan.

“Insiden melibatkan runtuhan batu dan kayu dari bahagian rasuk ‘beam’ di tingkat satu premis dan terdapat dua mangsa dilaporkan terlibat.

“Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya di sini, sebentar tadi.

Kosmo! difahamkan, mangsa terdiri lelaki dan wanita itu telahpun dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN