Syafirah yang masih dirawat di wad HSNZ, Kuala Terengganu hari ini. (Gambar kecil) Keadaan Syafirah dan anaknya selepas kemalangan berlaku.

Kos perubatan Asyraf ditanggung Tabung Darul Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kos perubatan Ahmad Asyraf Talhah, 13, yang melecur teruk akibat kemalangan melibatkan peserta RXZ Members 8.0 pada Jumaat lalu akan ditanggung kerajaan negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, bantuan kewangan berjumlah RM15,000 menerusi Tabung Darul Iman (TDI) diluluskan bagi membiayai kos perubatan pelajar tingkatan satu di Manir tersebut.

“Keluarga mangsa disantuni dan kita telah mengenal pasti bentuk bantuan diperlukan. Keadaan Ahmad Asyraf dan ibunya, Syafirah Salim, 36, yang melecur akibat kemalangan berkenaan amat diambil berat kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan tubuh Ahmad Asyraf melecur 60 peratus setelah motosikal jenis Honda Beat dinaiki bersama ibunya Syafirah terbakar setelah terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Bulu Gading, Kuala Nerus dekat ini.

Dalam kemalangan pada pukul 11.50 pagi itu, motosikal dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah motosikal Yamaha RXZ ditunggangi peserta RXZ Members 8.0 berusia 25 tahun yang hilang kawalan lalu terbabas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN