PETALING JAYA – Nescafe telah menganjurkan kempen Treat Yourself to More bagi menggalakkan pengguna menikmati detik kejayaan dengan rangkaian Sedia-Untuk-Diminum (RTD) baharu, melalui pengenalan dua perisa baharu iaitu Nescafe Spanish Latte dan Nescafe Tiramisu Latte.
Pengawai Eksekutif Perniagaan Kopi, Nestle Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini berkata, pada hari ini, kopi bukan sahaja menjadi minuman penyuntik tenaga harian tetapi bagi ramai anak muda Malaysia, nikmat kopi merupakan sebahagian daripada cara mereka beristirahat dan mengembalikan tenaga dalam kesibukan
setiap hari, sama ada sambil bersembang dengan kawan-kawan atau sebagai ganjaran diri selepas mencapai sesuatu.
“Menerusi kempen Treat Yourself to More dan rangkaian minuman baharu berinspirasikan trend di kafe, kami ingin meraikan detik-detik ini dengan menyediakan cara yang mudah lagi lazat untuk menjadikan
amalan minum kopi pada waktu rehat setiap hari sesuatu yang sewajarnya dinikmati
dan dihargai,” katanya dalam kenyataan.
Produk Nescafe Spanish Latte mengambil inspirasi daripada salah satu minuman kafe paling popular pada hari ini, dengan menghidangkan cita rasa kopi yang sebati dengan sentuhan rasa manis berkrim manakala Nescafe Tiramisu Latte pula diilhamkan daripada manisan klasik kegemaran ramai, yang menggabungkan
kelazatan rasa kopi dengan nikmat berkrim dan sentuhan perisa koko.
Kedua-duanya mempunyai rasa yang penuh dan kelazatan berkrim, sesuai bagi penggemar
kopi baharu untuk mencuba kopi seperti ini termasuk mereka yang ingin menikmati
kopi tambahan pada waktu petang.
Disediakan dalam botol 280 ml yang mudah dibawa dan diperbuat 100 peratus daripada PET kitar semula dengan persijilan halal, rangkaian baharu ini menawarkan hidangan kopi yang sedia diminum dan mudah
dibawa ke mana-mana, pada bila-bila masa.
Selain itu, untuk menjayakan kempen tersebut, Nescafe telah menganjurkan acara untuk meraikan kejayaan harian di The Campus, Ampang, dengan penyertaan lebih 1,800 orang dalam pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan. -KOSMO! ONLINE














