fbpx
Gambar hiasan.

Ada kanak-kanak tidak pandai ucap dua kalimah syahadah – KP Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Ibu bapa meringkuk dalam penjara dikenal pasti sebagai antara punca pengabaian dan masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati, kanak-kanak yang hidup sendirian dan mempunyai masalah keluarga merupakan antara golongan yang sering diabaikan.

Katanya, kebiasannya, ibu kanak-kanak itu dipenjarakan atas kesalahan jenayah, manakala bapa mereka pula menjalani hukuman berhubung kes dadah, jenayah seksual dan lain-lain.

“Apabila ada masalah keluarga, pasti anak-anak akan terabai dan kita sedang mencari punca lain yang menyebabkan pengabaian ke atas golongan tersebut.

“Selain itu, kurang didikan agama di rumah turut menjadi antara punca pengabaian kanak-kanak. Ada sesetengah kanak-kanak mengucap dua kalimah syahadah pun tidak pandai,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Permuafakatan Polis Diraja Malaysia Bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan di JPN Kelantan, Tunjong di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, ibu bapa atau penjaga yang mengabai golongan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan melibatkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Katanya, sekiranya anak-anak terjebak dalam aktiviti berbahaya seperti lumba motosikal, maka golongan ibu bapa boleh disiasat cuai dan didakwa.

“Hukumanny berat iaitu penjara sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya. Timbul pula isu, siapa yang akan menjaga anak-anak itu? Justeru, mesyuarat bersama JPN dijalankan untuk memperkasa Jawatankuasa Penyelaras Perlindungan Kanak-Kanak bagi mengenal pasti punca pengabaian di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Beliau berkata, apabila masalah dikenal pasti pada peringkat awal, pihak sekolah akan segera melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara untuk mengambil tindakan pemulihan terhadap ibu bapa atau penjaga.

“Ada kajian mendedahkan kanak-kanak yang terlibat isu sosial datang daripada keluarga B40. Jadi, perlu langkah intervensi peringkat awal untuk mengelak masalah ini menjadi lebih besar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN